Saturday, May 3

Gentar tapi tak Takut

Dalam beberapa hari sahaja lagi, saya akan menamatkan pelajaran Asasi saya di Uniten. Setiap saat dan detik amat bermakna bagi saya. Setiap benda yang saya buat selepas ni saya tak nak menyesal. Setiap perbuatan, kata dan tingkah laku yang pelik saya nak ingat. Saya nak kawan kawan saya ingat. Tipulah kalau saya cakap hati ini tak gentar untuk berpindah. Macam biasalah, saya tak biasa bercerita dekat blog ni dalam bahasa melayu. Maknanya, entry saya kali ni ; saya betul betul maksudkan.

Saya datang dari kawasan bandar, kehidupan saya dekat sana (Shah Alam) dengan sini (Muadzam) lain sangat. Saya rasa orang yang datang dari bandar pun faham apa yang saya maksudkan. Pada mulanya, susah sangat nak terima. Banyak benda yang saya tak nak terima. Dari segi pelajaran, kawan, suasana. Semua lah. Hati saya ni ingat nak senang je, ingat nak mewah je. Bukan saya kata, keadaan saya dekat sana mewah cuma berbeza dengan keadaan dekat sini.

Selepas hampir setahun saya dekat sini, Ya Allah macam macam saya belajar. Perlahan lahan saya terima banyak perkara. Lama lama saya sendiri yang selesa. Allah letakkan saya untuk belajar dekat sini biar saya belajar betul betul. Bukan dari segi pelajaran je, dari segi kehidupan. Dua kehidupan yang berbeza dalam satu tempat yang sama. I mean, we're still in Malaysia but two different state can make a big difference.

Saya tak boleh nak bandingkan situasi saya yang dekat Malaysia ni dengan situasi orang yang belajar overseas. Saya tahu dekat overseas lagi jauh bezanya, lagi banyak diaorang belajar. Saya yang dari Selangor ke Pahang pun banyak benda belajar dan masih lagi belajar apatah lagi mereka yang ke luar negara.

Saya bukan orang yang berpuitis, maaf kalau bahasa melayu saya ada kekurangan. Lagu melayu pun jarang dengar, cerita melayu pun jarang tengok, buku/noval melayu pun jarang baca. Saya bukan 100% Melayu. Masih belajar untuk ke arah tu juga.

Apa yang saya belajar dan masih lagi belajar ?

Saya belajar untuk buat orang rasa selesa dengan saya. Saya belajar untuk selesa dengan tempat orang. Saya belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul untuk setiap orang. Each people I meet, I will give different approach. It's not that I'm being a hippocratic, I just want to try different approaches with different people. I want to see their reaction. How would they think of me ? Would they like it if I'm being like this ? or would they like the other way ? Ada yang boleh terima, ada yang tak. Sama jugak macam saya. ADIL.

Pengalaman yang paling saya tak boleh lupa ialah rasa dekat dengan Allah. Keadaan sosial saya dekat sana tak menentu. Saya rasa banyak sangat dosa yang saya dah buat.Tapi bila datang sini, jumpa kawan yang sama sama nak ke arah yang lebih baik, hati jadi lebih terbuka. Perubahan itu susah, saya tahu. Saya rasa ada lagi ramai yang lebih faham keadaan ni. Saya masih lagi belajar. Masih merangkak. Kepada kawan kawan yang selama ni sokong saya di sini, Terima Kasih.

Takut ?

Setiap kali saya bagitahu kawan saya yang saya nak pindah, kebanyakkannya mereka cakap :
"Tak takut ke dekat sana ? Dah lah sosial. Awakkan baru nak belajar dekatkan diri dengan Allah, mana tahu dekat sana awak jauh" Tipulah kalau saya cakap, saya tak terfikir benda ini. Banyak yang saya fikir. Adakah keadaan saya akan sama ? Perasaan nak dekat dengan Allah tu sama tak ? Rasa gembira yang sama ke ?

Lepas dah banyak fikir, tanya pendapat orang. Saya rasa saya tak takut hanya gentar. Saya rasa saya lagi takut kalau saya tak cuba. Mungkin pada mulanya, pada awalnya akan jadi lain. Tapi lama lama, In Shaa Allah semua akan jadi lebih mudah. Asalkan ada niat dan tujuan yang baik. In Shaa Allah. Saya akan cuba, kawan kawan jangan risau. Kalau saya lupa diri je, I know whom to call. hehe

Nanti saya post lagi. Saya rasa entry saya kali ni panjang. Saya jarang tulis panjang, lagi lagi dalam bahasa melayu.

Malam semua :)